Tuesday, October 6, 2009

Al-Qaradawi: Isu Takfir dan Qutubiyyah

Al-Qaradawi: Isu Takfir dan Qutubiyyah

Pendahuluan

Gerakan dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun mencapai tahap kecemerlangannya khususnya di awal gerakan dakwah mereka. Imam Hasan Al-Banna berjaya membentuk sebuah gerakan dakwah yang hampir menghimpunkan segenap unsur dan keseimbangan yang terkandung dalam ajaran Islam secara amnya.

Bagi mereka yang membaca beberapa karangan Imam Hasan Al-Banna selaku pengasas kepada jemaah Al-Ikhwan Al-Muslimun, pasti melihat pelbagai unsur kesederhanaan dan kesyumulan yang cuba diterapkan dalam manhaj dakwah dan perlaksanaannya. Pemikiran-pemikiran Imam Hasan Al-Banna didasari dengan kefahaman Islam yang tepat dan menyeluruh kerana latar belakang beliau yang mendapatkan pendidikan di Al-Azhar, tempat rujukan ilmu agama di Mesir dan di dunia amnya pada ketika itu, diadun pula dengan kerohanian yang tinggi hasil didikan di bawah tarbiah sufi oleh mursyidnya Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi, menjelaskan kepada kita betapa kesederhanaan dan samahah sudut pemikirannya sangat menarik ramai pihak untuk menyertai dakwah beliau.

Kita lihat sahaja bagaimana unsur-unsur ilmiah dalam tulisan beliau menarik minat ramai tokoh ilmuwan Islam zaman beliau untuk bersama-sama beliau termasuklah Sheikhul-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud. Uslub keterbukaan dan toleransi yang beliau amalkan dalam dakwah beliau juga menarik ramai manusia dari segenap lapisan masyarakat untuk membantu beliau terutamanya penglibatan golongan sufi secara langsung dalam kelangsungan tarbiah kerohanian dalam jemaah tersebut.

Namun, hala tuju dan pemikiran dalam komuniti Al-Ikhwan Al-Muslimun dinilai sudah menghadapi beberapa ancaman arus pemikiran baru antaranya yang disebut sebagai Qutubiyyah sebagaimana disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi menceritakan sedikit sebanyak tentang kemasukan pemikiran baru dalam Al-Ikhwan dengan berkata:

“Telah masuk juga dalam Al-Ikhwan fikrah yang baharu, yang mana sebahagiannya adalah aliran Salafi yang mana ramai daripada mereka yang berpegang dengannya (salafi tersebut) mempunyai gejala Tasyaddud (melampau) dan Harfiyyah (terlalu berpegang kepada zahir daripada nas-nas)… Ramai orang yang terpengaruh dengan arus pemikiran Salafi ini adalah mereka yang tinggal di Arab Saudi dan Kuwait.

“Pemikiran lain (dalam Al-Ikhwan) adalah perkembangan daripada pemikiran As-Syahid Sayyid Qutub melalui buku beliau: Ma’alim Fi At-Tariq…Pemikiran ini membawa kepada bibit-bibit mengkafirkan umat Islam… Kedua-dua fikiran ini adalah Salafiyyah dan Qutubiyyah (yang menyelinap masuk dalam Al-Ikhwan)” [Ibn Al-Qaryah wa Al-Kuttab: juzuk 4, Isnin 1 September 2008].

Perbandingan Al-Qaradawi tentang Imam Hasan Al-Banna dengan Sayyid Qutub

Sememangnya Sayyid Qutub sangat mengkagumi Imam Hasan Al-Banna. Oleh kerana itu, Sayyid Qutub melibatkan diri dalam dakwah yang telah diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna iaitulah gerakan dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun. Namun, Sayyid Qutub mempunyai pemikiran yang berbeza berbanding tokoh-tokoh terawal Al-Ikhwan seperti Imam Hasan Al-Banna dan sebagainya. Malah, ketika membicarakan tentang Imam Hasan Al-Banna, Sayyid Qutub tidak pernah membincangkan tentang pemikiran beliau.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan:

سيد قطب كان من المعجبين بالإمام حسن البنا مؤسس جماعة الإخوان المسلمين، وكتب عنه مقالته "حسن البنا وعبقرية البناء" معبرا فيها عن قدرات البنا التنظيمية في تأسيس الجماعة وتشكيل هياكلها التنظيمية. لكن قطب لم ينقل عن فكر البنا -والكلام للقرضاوي- مثلما نقل عن الشيخ أبو الأعلى المودودي

Maksudnya:

“Sayyid Qutub adalah antara mereka yang mengkagumi Al-Imam Hasan Al-Banna, pengasas Gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimin. Beliau pernah menulis dalam makalahnya bertajuk “Hasan Al-Banna Wa ‘Abqariyyatuh” (Hasan Al-Banna Dan Kecerdasannya) yang mana di dalamnya beliau menerangkan kehebatan Al-Banna dari sudut pentadbiran dalam mengasaskan Jemaah Al-Ikhwan Al-Muslimin. Namun demikian Sayyid Qutub tidak pernah menukil pemikiran Al-Banna sebagaimana beliau menukilkan tentang Al-Syeikh Abu Al-‘Ala Al-Maududi…” [لو عاش سيد قطب لعدل من أفكاره إزاء التكفير oleh Dr. Al-Qaradawi pada 9 Ogos 2009]

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata lagi:

لا أظن أن قطب ينتمى لمدرسة أو فكر حسن البنا المرشد الأول ومؤسس جماعة الإخوان بل كان معجبا فقط بشخصيته

Maksudnya:

“Saya tidak fikir bahawasanya Qutub berpegang dengan madrasah atau pemikiran Hasan Al-Banna, Mursyid pertama bagi jemaah Al-Ikhwan, namun beliau hanya mengkagumi keperibadian Hasan Al-Banna sahaja… [lihat artikel bertajuk: “القرضاوى : كتابات سيد قطب توجهت ناحية التكفير وخرجت عن إجماع أهل السنةbertarikh: 8 Ogos 2009 di www.shorouknews.com]

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata dalam membandingkan pemikiran Sayyid Qutub dengan Hasan Al-Banna secara khusus:

فأما المنطلق -وإن كان إسلاميا لكليهما- نجده مختلفا كثيرا بينهما، فحسن البنا ينطلق من أن الأمة الإسلامية موجودة، وأن المسلمين موجودون، ولكنهم يحتاجون – إلى عمل كبير لتفقيههم بالإسلام، وتربيتهم عليه، بدءا بالفرد المسلم، فالبيت المسلم، فالشعب المسلم، فالحكومة المسلمة، فالأمة المسلمة.

وسيد قطب ينطلق من أن الأمة المسلمة قد انقطع وجودها منذ زمن، ولا بد من إعادتها من جديد، وكل الموجودين اليوم من سلالات أقوام كانوا مسلمين، وأوطانهم كانت من قبل دارا للإسلام، ولم تعد اليوم دارا للإسلام، وإذا لم يكونوا مسلمين، فعلينا أن ندعوهم إلى اعتناق العقيدة الإسلامية، وأن يدخلوا في الإسلام من جديد.

Maksudnya:

“Adapun asas –walaupun kedua-duanya berteraskan keislaman- maka kita dapati wujud perbezaan antara kedua-duanya. Adapun Hasan Al-Banna, maka, idea asasnya adalah, bahawasanya umat Islam itu masih wujud dan kaum muslimum masih wujud, tetapi mereka memerlukan kepada usaha yang besar untuk memahamkan mereka tentang agama dan mentarbiah mereka, bermula dengan pembentukan individu muslim, seterusnya rumah muslim, seterusnya masyarakat Islam, seterusnya kerajaan Islam dan seterusnya umat Islam keseluruhannya.

“Adapun Sayyid Qutub, maka teras asas (pemikirannya) adalah, umat Islam sudah terputus kewujudannya sejak sesuatu zaman dahulu, yang mana ianya perlu dikembalikan semula. Apa yang wujud pada hari ini adalah keturunan umat Islam terdahulu dan tempat-tempat mereka adalah negara Islam suatu ketika dahulu, yang mana tidak lagi dianggap sebagai negara Islam pada masa kini dan masyarakat yang ada bukan lagi masyarakat Islam. Maka, kita hendaklah menyeru mereka untuk berpegang semula dengan aqidah Islam dan masuk ke dalam agama Islam semula secara baru.” [Kalimah Akhirah Haul Sayyid Qutub pada fasal Bain Hasan Al-Banna wa Sayyid Qutub oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam www.al-qaradawi.net pada tarikh 1 September 2009.]

Dr. Yusuf Al-Qaradawi seterusnya berkata:

حسن البنا يرى أن الإسلام -باعتباره دينا- قائم وموجود، وأن هناك أمة تؤمن به وأن الأمة المسلمة من أشد الأمم في الأرض تمسكا بدينها، وأن الإنسان العاصي أو المفرط من عامة المسلمين نجد أصل الإيمان مغروسا في أعماقه، ولكنه إيمان نائم أو مخدر، وهو في حاجة إلى إيقاظ وبعث وتنبيه، وهذه مهمة الدعوة الإسلامية ورجالها.

بخلاف سيد قطب، فهو يرى أن الإسلام قد انقطع وجوده من الأرض، فلا توجد أمة مسلمة، ولا يوجد مجتمع مسلم، بل لا يوجد أفراد مسلمون، لا بمعنى أنهم ارتدوا عن الإسلام، بل لأنهم لم يدخلوا أصلا في الإسلام؛ لأن دخول الإسلام لا يتحقق إلا بشهادة أن (لا إله إلا الله)، بما تتضمنه من إفراد الله تعالى بالحاكمية، وهم لم ينطقوا بالشهادة بهذا المدلول

Maksudnya:

“(Imam) Hasan Al-Banna melihat Islam –dari sudut ia sebagai agama- masih wujud. Bahkan, di sana masih wujud segolongan umat yang beriman dengan agama Islam…Bahkan, umat muslimin adalah umat yang paling kuat berpegang dengan agamanya. Bahkan, seorang pelaku maksiat (yang muslim) atau pelampau (batasan Islam) dari kalangan masyarakat Islam, masih memiliki asas keimanan yangtertanam dalam dirinya.. Namun, keimanan tersebut adalah keimanan yang tertidur atau masih dalam khayalan. Maka, dia (muslim yang tidak berpegang teguh dengan agama) perlu dikejutkan, dibangkitkan dan disedarkan. Itulah kepentingan dakwah Islamiyyah dan para pendakwah.

“Berbeza dengan Sayyid Qutub yang melihat bahawasanya Islam itu sendiri sudah terputus kewujudannya dalam muka bumi ini. Maka, sudah tiada lagi umat Islam, tidak ada lagi masyarakat Islam malah tiada lagi individu muslim itu sendiri. Ini tidak bermakna mereka murtad daripada Islam, namun mereka tidak masuk ke dalam asas Islam itu sendiri, kerana memasuki asas Islam itu tidak akan tercapai melainkan dengan syahadah bahwasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah yang mana mengandungi pengesaan Allah dari sudut pengguasaan/penentu hukum atau undang-undang. Maka, masyarakat Islam tidak mengucapkan syahadah dengan makna tersebut (tiada peletak hukum selain Allah).” [Kalimah Akhirah Haul Sayyid Qutub pada fasal Bain Hasan Al-Banna wa Sayyid Qutub oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi]

Seterusnya, Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata:

وهذا هو المفهوم الذي أنكره العلامة الندوي على سيد وعلى المودودي من قبله، وسماه (التفسير السياسي للإسلام

Maksudnya: Inilah kefahaman (tidak berhukum dengan hukum Allah secara mutlak keluar dari agama atau aqidah Islam) yang diingkari oleh Al-Allamah (Abu Al-Hasan Ali) An-Nadwi ke atas Sayyid (Qutub) dan Al-Maududi sebelumnya dalam buku ­At-Tafsir As-Siyasi lil Islam. [ibid]

Seterusnya Dr. Al-Qaradawi menjelaskan:

حسن البنا يشعر بوجود الإسلام وأمته، ويتعاطف معها، ويعيش بهمومها، وسيد قطب لا يحس للإسلام ولا لأمته بوجود من حوله، بل يقول: قومنا على ملة، ونحن على ملة وهم على دين ونحن على دين آخر.

“Hasan Al-Banna masih merasai kewujudan Islam dan umatnya, berlembut dengan mereka (walaupun ramai yang fasiq) dan hidup dalam kemurungan mereka. Sedangkan, Sayyid tidak merasai kewujudan Islam (sebagai agama yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat) dan umatnya di sekelilingnya (Islam). Bahkan, dia berkata: “Kaum kita dalam suatu millah (jalan agama) sedangkan kami dalam millah (jalan agama) yang lain. Mereka di atas agama lain sedang kami di atas agama lain.” [Ibid]

Ia adalah suatu perbandingan dari sudut Matlaq atau titik tumbuh pemikiran dan sudut pandangan asas kedua-duanya. Adapun dari sudut tujuan, maka kedua-dua tokoh juga mempunyai perbezaan sebagaimana yang digambarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

Beliau menyebut:

غاية حسن البنا أن يصحح فهم المسلمي للإسلام الذي يعتنقونه بحيث لا يقتصر على المعنى اللاهوتي أو التعبدي الشعائري، بل يجب أن يفهموه بشموله وتكامله وتوازنه: عبادة وجهادا، ودينا ودولة، خلقا وقوة، ثروة وغنى، تربية وتشريعا، وبعد تصحيح الفهم تبدأ عملية تجديد الإيمان وغرس المعاني الربانية والأخلاقية.

Maksudnya:

“Tujuan Imam Hasan Al-Banna adalah untuk memperbaiki kefahaman masyarakat Islam terhadap agama Islam yang mereka pegang agar tidak terbatas kepada makna ketuhanan atau pengabdian semata-mata, malah perlu difahami dengan kefahamannya yang syumul, takamul dan tawazun iaitu: Ibadah dan jihad, agama dan daulah, akhlak dan kekuatan, kebangkitan dan keupayaan, tarbiah dan pensyariatan. Setelah memperbaiki kefahaman ini, mula melakukan usaha tajdid iman, dan menanamkan makna rabbaiyyah dan akhlak.” [ibid]

Inilah tujuan dakwah asal Imam Hasan Al-Banna ketika menubuhkan Ikhwan Muslimun. Lalu, Dr. Yusuf Al-Qaradawi membandingkannya dengan tujuan pemikiran Sayyid Qutub dengan berkata:

وغاية سيد قطب: أن يعلن رفض هذا المجتمع كله من حوله، فهو مجتمع جاهلي، لم يدخل بعد في الإسلام المطلوب: أن ندخل الناس في الإسلام من جديد، وندعوهم إلى اعتناق عقيدته، كما دعاهم الرسول وأصحابه وأن نشعرهم بأنهم شيء ونحن شيء

Maksudnya:

“Tujuan (pemikiran) Sayyid Qutub adalah, untuk menzahirkan kritikan (penolakan) terhadap masyarakat ini (masyarakat Islam) keseluruhannya dengan menganggapnya sebagai masyarakat Jahili, yang tidak masuk dalam Islam sebagaimana sepatutnya, iaitulah seruan kita memasuki Islam semula secara baru dan kami menyeru kepada berpegang dengan aqidah Islam (semula), sebagaimana dakwah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat (kepada masyarakat Jahiliyyah pada zaman tersebut) lalu merasai mereka (masyarakat Islam secara umum) lain sedangkan kita (yang terlibat dengan dakwah) lain pula (dari sudut agama).” [ibid]

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata ketika mengulas tentang beberapa perkataan Sayyid Qutub dalam Fi Zilal Al-Qur’an:

النص من الوضوح بحيث لا يحتاج إلى تعليق؛ فالكاتب ينظر إلى مسلمي اليوم نظرته إلى مشركي العرب في الجاهلية تماما عند البعثة، لا فرق بين هؤلاء ولا أولئك، إلا أن هؤلاء يسمون أنفسهم مسلمين وهذه لا تغني عنهم شيئا، ولهذا كان على أصحاب الدعوة الإسلامية أن يدعوا الناس إلى اعتناق العقيدة أولا، حتى ولو كانوا يدعون أنفسهم مسلمين، وتشهد لهم شهادات الميلاد أنهم مسلمون!

Maksudnya

“Teks tersebut secara jelas tanpa sebarang komentar lagi, bahawasanya penulis (Sayyid Qutub) melihat orang-orang Islam hari ini sebagaimana beliau melihat kepada golongan musyrikin Arab pada zaman Jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w.. Maka, tiada beza antara mereka (orang Islam hari ini) dengan mereka (musyrikin Makkah) melainkan hanyasanya mereka (masyarakat Islam kini) menamakan diri mereka sebagai Muslimin padahal tiada bermanfaat buat mereka (penamaan diri sebagai muslim tersebut). Oleh kerana itu, golongan pendakwah mengajak manusia kepada berpegang dengan aqidah Islam pada permulaannya, walaupun orang-orang tersebut sudah mendakwa diri mereka sebagai Muslimin, dan surat beranak juga sudah menjadi saksi bahawasanya mereka lahir sebagai muslim.

Beliau berkata lagi:

ومشكلة الأستاذ سيد أنه لا يعرف إلا الإيمان أو الكفر، ولكن يوجد بينهما منزلة هي الفسوق والعصيان؛ فقد يوجد اليوم مئات الملايين من المسلمين ولكنهم – كلهم أو جلهم- عصاة مفرطون، في حاجة إلى أن يتوبوا، أو جهلة بدينهم في حاجة إلى أن يعلموا.

Maksudnya: “Masalah Ustaz Sayyid (Qutub) adalah, beliau tidak tahu melainkan iman atau kekufuran. Sedangkan, di sana, masih ada lagi kedudukan (antara iman dan kufur) iaitulah kefasiqan dan kemaksiatan. Di sana wujud ratusan juta muslimun, sedangkan mereka –keseluruhan ata kebanyakkan mereka- hanyalah pelaku maksiat lagi melampaui batasan, yang perlu kepada bertaubat atau mereka yang jahil tentrang agama, yang memerlukan pendidikan (bukan dikafirkan masyarakat Islam keseluruhannya)”. [Tamyiz Al-Mu’minin min Al-Mujrimin… oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam islamonline.net bertarikh 04/05/04]

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata lagi dalam perbahasan yang lain:

أما "الجاهلية" فدلالتها تختلف عند قطب عما جاءت عليه في القرآن الكريم اختلافا كليا وجزئيا مستشهدا بما كتبه قطب نفسه في كتابه "معالم في الطريق"، والذي اعتبر فيه أن المجتمع بالأساس غير مسلم ومهمة المصلحين هي رد الناس أولا إلى العقيدة الإسلامية الصحيحة وأن يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله.

إن قطب أخطأ في قضية تكفير مجموع المسلمين وليس فقط الحكام والأنظمة، مشيرا إلى أن قطب يتحمل بعض المسئولية عن تيار التكفير، فقد أخذ أفكار المودودي ورتب عليها نتائج لم تخطر على بال المودودي نفسه، وهذا أيضا ما فعله شكري مصطفى وغيره، حيث أخذ شكري أفكار قطب وخرج منها بنتائج لم تخطر على بال قطب، حيث اعتبر شكري أن جماعة "جماعة المسلمين" هم فقط المسلمون ومن دونهم فهم كفار

Maksudnya:

“Adapun masalah “Jahiliyah”, maka Sayyid Qutub berhujjah dengan dalil yang bercanggah dengan Al-Quran Al-Karim samada secara keseluruhan ataupun secara terperinci, sebagaimana yang dapat dilihat dari karya Syed Qutub dalam kitabnya “Ma’alim Fi Al-Tariq” yang menganggap bahawa masyarakat pada asasnya adalah masyarakat bukan Islam, dan tugas para muslih adalah untuk mengembalikan manusia kepada aqidah Islam yang sahih dan bersyahadah bahawa “La Ilaha Illa Allah dan Muhammad Rasul Allah” terlebih dahulu.

Sesungguhnya Sayyid Qutub telah tersilap dalam hal mentakfir keseluruhan orang Islam, bukan sekadar kepada para penguasa dan penggubal undang-undang. Sehubungan dengan itu Sayyid Qutub bertanggungjawab atas aliran pemikiran takfir ini. Beliau telah mengambil idea-idea Al-Maududi dan menambah kesimpulan-kesimpulan yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran Al-Maududi sendiri, seperti yang berlaku kepada Syukri Mustafa dan lain-lain, yang mana Syukri mengambil pemikiran Syed Qutub dan membuat kesimpulan-kesimpulan yang tidak terlintas dalam pemikiran Syed Qutub sendiri, lalu menganggap bahawa hanya Jamaah Al-Muslimin sahaja yang merupakan orang Islam, adapun yang lain daripada kelompok mereka adalah kafir belaka. [القرضاوي: لو عاش سيد قطب لعدل من أفكاره إزاء التكفير].

Pemikiran Takfir Mujtama’ dari Penulisan Qutub atau Salah Faham Orang yang Membaca Tulisannya?

Dalam artikel bertajuk “القرضاوي: لو عاش سيد قطب لعدل من أفكاره إزاء التكفير” ada menyebut:

ونفى القرضاوي في الوقت ذاته أن تكون شهادته عن قطب هي افتئات على قطب، معتبرا أنها محاكمة للرجل من خلال كلامه والنصوص التي وردت في كتبه، وذلك ردا على ما قاله د. محمود عزت الأمين العام لجماعة الإخوان المسلمين، بأن الخطأ فيمن قرأ سيد قطب وليس فيما كتبه.

وقال القرضاوي إن الكلام الذي نقله عن قطب عن التكفير والجاهلية كلام واضح ولا يحتمل أي تأويل، مستشهدا في حديثه برواية للدكتور محمد عبد الله المهدي، والذي كان معتقلا عام 1965، حيث أكد له أن قطب اعترف أن الكتابات التي كتبها في المرحلة الأولى من حياته كـ"العدالة الاجتماعية في الإسلام"، و"السلام العالمي والإسلام"، و"مشاهد القيامة في القرآن"، لا تمثل رأيه ومذهبه الجديد، ولكن ما يذهب إليه ويتبناه هي ما كتبه في كتبه الأخيرة في السجن مثل "معالم في الطريق" والطبعة الثانية من "الظلال" و"هذا الدين" و"الإسلام ومشكلات الحضارة".

Maksudnya:

“Pada masa yang sama Al-Qaradawi menafikan bahawa penilainnya terhadap Sayyid Qutub adalah sebagai fitnah terhadapnya, sambil menegaskan bahawa ia adalah penghukuman ke atas sesorang berdasarkan percakapan dan teks-teks yang ada dalam tulisannya. Hal ini untuk menolak apa yang dikatakan oleh Dr. Mahmood Izzat, S/U Agung Jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimin bahawasanya, kesalahan berpunca dari orang yang membaca pemikiran Syed Qutub, bukan tulisannya.

Al-Qaradawi mengaskan lagi bahawa ungkapan yang dikutipnya dari Sayyid Qutub mengenai masalah “takfir” adalah jelas dan tidak perlu kepada penafsiran berdasarkan apa yang diriwayatkannya dari Doktor Muhammad Abdullah Al-Mahdi yang dipenjarakan pada tahun 1965, beliau telah menegaskan bahawa Syed Qutub telah mengakui mengenai karya-karya yang ditulisnya pada fasa pertama kehidupannya, seperti “Al-‘Adalah al-Ijtima’iyah Fi Al-Islam” dan “Al-Salam Al-‘Alami Al-Islami” serta “Masyahid Al-Qiyamah Fi Al-Quran” semuanya tidak menggambarkan pemikiran dan mazhabnya yang baru, tetapi pemikiran yang dianutnya ialah semua yang ditulisnya dalam karya-karyanya yang akhir semasa dalam penjara, sepeti “Ma’alim Fi Al-Tariq” dan “Fi Al-Zilal” cetakan kedua serta “Haza Al-Din” dan “Al-Islam Wa Musykilat Al-Hadharah

Penolakan Dr. Al-Qaradawi terhadap Pemikiran Mujtama’ Jahili

Antara idea yang ditolak oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi terhadap Sayyid Qutub (bahkan ditolak juga oleh majoriti ulama’ Islam) adalah berkenaan dengan pemikiran Mujtama’ Jahili, di mana Sayyid Qutub menyamakan antara masyarakat Islam kini dengan masyarakat Jahiliyyah di Makkah pada zaman Rasulullah s.a.w..

Dr. Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan beberapa hujah menunjukkan kerapuhan idea ini dalam tulisan beliau ketika memberi komen terhadap idea ini di bawah tajuk: “Laisa Mujtama’ana Kal Mujtama’ Al-Jahili fi Makkah” dalam www.qaradawi.net.

[http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=430&version=1&template_id=11&parent_id=12]

Antara perkataan beliau, Dr. Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan:

أما مجتمعنا القائم في بلاد المسلمين، فهو مجتمع خليط من الإسلام والجاهلية، فيه عناصر إسلامية أصيلة، وعناصر جاهلية دخيلة.

Maksudnya: “Adapun masyarakat kita yang menghuni di negara-negara orang Islam, maka ia adalah masyarakat yang bercampur baur antara Islam dengan jahiliyah. Di dalamnya ada unsur keislaman yang asal dan ada juga unsur jahiliyyah dari luar yang meresap ke dalam.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata lagi:

فيه أناس مرتدون صراحة من دعاة الشيوعية والعلمانية اللادينية، وهم فئة قليلة من الحكام ورجال الأحزاب العقائدية ونحوهم، فلهم حكم المرتدين. وفيه منافقون يتظاهرون أمام الشعب بالإسلام، وباطنهم خراب من الإيمان، فلهم حكم المنافقين. وفيه ـ عدا هؤلاء وأولئك ـ جماهير غفيرة ـ تكون أكثرية الأمة الساحقة، ملتزمة بالإسلام، وجل أفرادها متدينون تدينا فرديا، يؤدون الشعائر المفروضة، وقد يقصرون في بعضها، وقد يرتكب بعضهم المعاصيما يدل على صحة أصول العقيدة لديهم.

Maksudnya:

“Ada dalam kalangan mereka yang secara jelas murtad dengan mengajak kepada fahaman Komunis atau Sekularisme yang anti-agama secara mutlak. Namun, ia hanyalah golongan minoriti dari pemimpin, ahli kumpulan fahaman-fahaman tertentu dan sebagai yang dihukum kepada mereka sebagai murtad. Ada juga dari kalangan mereka yang munafiq, yang menzahirkan keislaman di hadapan masyarakat namun batinnya memerangi aqidah Islam. Maka bagi mereka hukum munafiq. Ada dalam kalangan mereka (selain kedua-dua sebelum ini), yang merupakan majoriti yang diampunkan iaitulah majoriti umat yang umum, yang mana mereka masih beriltizam dengan ajaran Islam, yang mana kebanyakkan mereka masih melaksanakan ajaran agama secara individu, yang mana mereka mengamalkan kefardhuan agama sedangkan sebahagian mereka ada kekurangan dari sudut agama, dan yang mana sebahagiannya melakukan maksiat, namun mereka masih takutkan Allah dan bertaubat yang mana ianya masih mengandungi asas keimanan yang sahih”. [ibid].

Ketika kita merujuk beberapa kitab tafsir muktabar seperti Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir Al-Qurtubi, kita dapati tafsiran ayat ke-44 dalam Surah Al-Ma’idah, bagi mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah s.w.t., maka ianya dikatakan kufur tetapi tidak keluar daripada agama, cuma kufur nikmat dan sebagainya.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi: Jika Sayyid Qutub Masih Hidup, Pasti Beliau akan Memperbaiki Pemikiran Beliau

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada menyebut dalam website beliau di bawah tajuk: لو عاش سيد قطب لعدل من أفكاره إزاء التكفيرspacer (Jika Sayyid Qutub Masih Hidup Nescaya Beliau Akan Memperbaiki Pemikiran Beliau daripada Takfir), menunjukkan betapa Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi sangat positif terhadap Sayyid Qutub yang akan bertaubat daripada pemikiran takfir Mujtama’nya.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata:

إن كتابات المرحلة الأخيرة من حياة المفكر سيد قطب تؤكد "خروجه عن أهل السنة والجماعة بوجه ما" بخصوص التكفير، لافتا إلى أنه لو قدر له أن يعيش لعدل من أفكاره في هذه القضية، مثنيا في الوقت ذاته على قطب باعتباره عالما مسلما عظيما قدم عنقه فداء لدعوته في سبيل الله.

Maksudnya:

Tulisan-tulisan pada peringkat akhir kehidupan Sayyid Qutub jelas menunjukkan bahawa beliau terkeluar dari Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dari aspek tertentu khususnya pada sudut Takfir dengan mengandaikan bahawasanya, andai beliau masih hidup nescaya beliau akan memperbaiki semula pemikiran beliau (merujuk semula) dalam masalah ini, walaupun beliau pada masa yang sama dianggap sebagai seorang ilmuwan yang agung yang sanggup menggadaikan nyawanya sebagai untuk dakwah di jalan Allah.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata lagi:

أن الأستاذ قطب في هذا الأمر بعد عن الصراط السوي لأهل السنة والجماعة"، مرجعا هذا البعد إلى عدة أسباب أهمها أن هذه الكتابات كتبت في السجن، فقد كان يرى أن الدولة من خلال تمكينها للشيوعيين بعدت عن الإسلام.

Maksudnya:

Al-Ustaz Sayyid Qutub dalam hal ini telah tersasar jauh dari jalan Ahlus Sunnah Wa Al-Jamaah yang sebenar. Hal ini merujuk kepada beberapa sebab, antaranya adalah pada karya-karyanya yang ditulis semasa dalam penjara, yang mana beliau berpendapat bahawa kerajaan yang telah bekerjasama dengan Komunis pada masa itu telah jauh daripada Islam.

Wallahu a’lam…

Al-Bannawi

No comments: