Saturday, October 3, 2009

Imam Hasan Al-Banna



Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari, 1949) merupakan seorang mujaddid dalam masyarakat Islam khususnya melibatkan bidang sosial dan politik di Mesir khususnya, dan di dunia Islam amnya. Beliau juga ialah pengasas kepada jemaah al-Ikhwan al-Muslimun.

Imam Hassan Al-Banna dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Ayahndanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadith dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna As-Sa’ati turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan.

Di samping itu juga, beliau juga banyak meriwayatkan hadith dan ijazah daripad Sheikh Muhammad Sa’id Al-‘Urfi dan Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari [rujuk Tasynif Al-Asma’ oleh Sheikh Mahmud Sa’id Mamduh: 48]. Antara kitab karangan beliau adalah:-

Fath Al-Rabbani fi Tartib Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal As-Syaibani
Bulugh Al-Amani min Asrar Al-Fath Ar-Rabbani
Minhah Al-Ma’bud fi Tartib Musnad At-Thoyalis Abi Daud
Bada’ie Al-Minan fi Tartib Musnad As-Syafi’e Wa As-Sunan
Tanwir Al-Af’idah fi Adillah Azkar Al-Wazho’if Az-Zarruqiyyah
Tahzib Jami’e Masanid Al-Imam Abu Hanifah
Ittihaf Ahl Sunnah Al-Bararah Bi Ziyadah Ahadith Al-Usul Al-‘Asyarah
Dan sebagainya.

Ibunda Imam Al-Banna adalah seorang perempuan terhormat bernama Ummu Sa’ad Ibrahim Shaqar. Ayahandanya adalah seorang pedagang binatang ternak di Desa Syamsirah, termasuk wilayah Mahmudiyah, di tepi kedua sungai Nil, desa yang sama dengan tempat tinggal ayah Imam Al-Banna.

Ibunya adalah seorang wanita yang cerdas, pemimpin, punya wawasan tentang masa depan. Di sisi lain, ibunya juga mempunyai sifat yang sangat dominan, yaitu keras kepala. Jika ia mengambil suatu keputusan, maka susah baginya untuk menarik kembali keputusan itu. Sifat inilah yang menurun kepada– Imam Al-Banna – anak sulungnya, begitu pula dengan kerupawanan wajahnya. Namun, sifat keras kepala ini kemudian menjelma menjadi sifat keras lainnya, yaitu keras kemauan dan bertekad baja, dan sifat ini hanya menurun kepadanya dan saudara kandungnya, Abdul Basith rahimahullah.

Beliau mendapat pendidikan formalnya di Madrasah Ar-Rasyad lalu Madrasah I’dadiyah, kemudian di Madrasah Mu’allimin Awwaliyah (di Damanhur) seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universitai Darul Ulum (pada tahun 1923) di Kaherah.

Beliau menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir oleh jemaah Tarikat al-Husafiyyah al-Syaziliyyah. Dalam tarikat sufi inilah, beliau mendapat didikan rohani yang sempurna di bawah tarbiah seorang mursyid sufi yang kamil iaitulah Al-Arif biLlah Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi. Dalam tarikat tersebut jugalah beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez.

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak dalam menyusun sesebuah organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan (Marhalah At-Ta’rif). Kemudian membentuk keperibadian anggota (Marhalah At-Takwin) seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas (Marhalah At-Tanfiz). Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Beberapa waktu kemudian beliau dipindahkan ke Kairo, maka pejabat dan kediaman pemimpin Ikhwan Muslimin pun berpindah. Di tengah ibu kota Mesir ini, dakwah beliau cepat tersebar secara luas. Dalam tempo yang relatif singkat, jumlah anggota Ikhwanul Muslimin telah mencapai angka setengah juta orang.

Ketika terjadi tragedi Palestin, beliau segera mengirimkan pasukan Ikhwan Muslimin ke sana. Sungguh, sejarah telah menjadi saksi betapa tegar dan bersemangatnya pasukan sukarelawan itu. Mereka bahkan telah berhasil menyerang jantung pertahanan Israel sampai ke ambang pintu Tel Aviv. Akan tetapi, sebuah tragedi yang lebih besar dan memilikukan terjadi saat itu : Raja Farouq menandatangani perjanjian damai dengan Israel serta menangkapi seluruh pemimpin dan pasukan Ikhwan Muslimin.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

No comments: